Barbara Walters
Barbara Walters

Barbara Walters

Barbara Jill Walters (lahir 25 September 1929) ialah seorang wartawan penyiaran, pengarang, dan personaliti televisyen Amerika Syarikat.[1][2] Dikenali kerana kemampuan temubual dan populariti dengan penonton, Walters muncul sebagai hos banyak program televisyen, termasuk Today, The View, 20/20, dan ABC Evening News. Sejak bersara sebagai hos dan penyumbang sepenuh masa, beliau kadangkala terus melaporkan untuk ABC News hingga 2015.[3][4][5]Walters memulakan kerjayanya di The Today Show pada awal 1960-an sebagai penulis dan penerbit segmen cerita minat wanita. Popularitinya dengan penonton menyebabkan Walters mendapat lebih banyak waktu tayangan, dan pada tahun 1974 beliau menjadi hos rancangan ini, wanita pertama yang memegang gelaran tersebut dalam rancangan berita Amerika.[6][7][8] Pada tahun 1976, beliau terus menjadi perintis bagi wanita dalam penyiaran dengan menjadi penyiar wanita pertama rancangan berita malam rangkaian, bersama Harry Reasoner di ABC Evening News. Dari tahun 1979 hingga 2004, Walters bekerja sebagai penerbit dan menjadi hos bersama di majalah berita ABC 20/20. Beliau juga terkenal dengan rancangan tahunan yang disiarkan di ABC, Barbara Walters' 10 Most Fascinating People. Walters juga mencipta, menerbitkan, dan menjadi pengacara rancangan bual bicara petang ABC sThe View, di mana beliau muncul dari tahun 1997 sehingga bersara pada tahun 2014.[9] Setelah itu, beliau terus menjadi hos beberapa laporan khas untuk 20/20 dan juga siri dokumentari untuk Investigation Discovery. Penampilan terakhirnya dalam siaran untuk ABC News ialah pada tahun 2015.[10][11][12][13][14]Pada tahun 1996, Walters berada di kedudukan #34 dalam senarai "50 Greatest TV Stars of All Time" TV Guide,[15] dan pada tahun 2000 beliau mendapat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Akademi Seni dan Sains Televisyen Kebangsaan.

Barbara Walters

Pekerjaan Wartawan
Pasangan
  • Robert Henry Katz (k. 1955; annulled 1957)
  • Lee Guber (k. 1963; c. 1976)
  • Merv Adelson (k. 1981; c. 1984)
    (k. 1986; c. 1992)
Anak 1
Tahun aktif 1953–2016
Kredit yang dikenali
Kelahiran Barbara Jill Walters
(1929-09-25) 25 September 1929 (umur 90)
Boston, Massachusetts, A.S.
Pusat pendidikan Kolej Sarah Lawrence

Rujukan

WikiPedia: Barbara Walters http://www.adweek.com/tvnewser/barbara-walters-ret... http://www.imdb.com/name/nm0910181/ http://www.makers.com/barbara-walters http://www.emmytvlegends.org/interviews/people/bar... http://isni.org/isni/0000000120208392 https://www.amazon.com/dp/B002KAOS24 https://press.discovery.com/us/id/programs/america... https://abcnews.go.com/Entertainment/barbara-walte... https://abcnews.go.com/Politics/donald-trump-respo... https://abcnews.go.com/Press_Release/barbara-walte...